home About Penghargaan

Prinsip Syariah dalam sains teknologi dan kejuruteraan

DEFINISI SYARIAH

DARI SEGI BAHASA ;- Jalan ke arah sumber air atau jalan yang lurus [Al-Jathiyah : 18 ]

DARI SEGI ISTILAH ;- Merujuk kepada segala hukum yang disyariat kan oleh Allah S.W.T kepada umat manusia melalui Rasullulah S.A.W


  • Dipanggil sumber air kerana syariat di perlukan sebagai sumber kehidupan manusia. Air diperlukan untuk terus hidup begitu juga syariat sangat diperlukan untuk menjadi nadi dalam hidup manusia. Manusia akan mati tanpa adanya air, berkait juga dengan manusia akan sesat tanpa syariat. Kewujudan syariat bukan menyusahkan tetapi dipatuhi bagi kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat.

Prinsip syariah ada 5 iaitu Rabbaniah (ketuhanan) , Wasatiah (kesederhanaan) , Tawazun (keseimbangan) , Mizan (kesetaraan) , Mutlak & Murunah (Tetap & anjal).

RABBANIAH

  • Syariah Islam adalah dicipta dan disusun oleh Allah S.W.T 
  • Segala kandungannya yang meliputi aspek Aqidah, Ibadat dan Muamalat sesuai dengan keperluan manusia.
  • Alam yang terbentang luas dengan segala khazanah di dalamnya boleh diterokai dengan mematuhi peraturan allah S.W.T

WASATIAH

  • Kesederhanaan dalam syariat adalah memberi makna segala hukum hakamnya adalah bersifat sederhana. Tidak ekstrem kepada yang berlebihan atau kurang.
  • Boleh berlaku perubahan dan penyesuaian tertentu pada perlaksanaan hukum mengikut keperluan yang tertentu. Contohnya solat fardu hendaklah dilakukan secara berdiri. Diberikan kelonggaran untuk duduk bagi yang sakit.
  • Pertengahan antara dua perkara. Mengambil tindakan antara dua kecenderungan. Contohnya antara kaya dan miskin. Maka mengambil pendirian sederhana dalam mencari harta lebih diutamakan.

TAWAZUN

  • Segala kandungannya adalah mengimbangi antara keperluan manusia di dunia dan akhirat.
  • Contohnya menyara kehidupan dan keluarga. Rezeki tersebut hendaklah dicari dengan cara yang halal dan baik. Kesanya mendapat pahal, gaji dan kerja dihargai
MIZAN

  • Kesetaraan dalam syariat terlihat dalam hukum hakam yang memberikan nilai yang selayaknya bagi sesuatu perkara.
  • Menuntut agar segala tindakan yang dilaksanakan hendaklah meraikan keperluan dunia dan akhirat
  • Setiap perkara yang dilaksanakan mestilah ditimbang agar penyelidikan dan pembangunan mematuhi hukum-hakam yang ditetapkan.
  • Setiap benda yang dilakukan hendak lah mengambil kira aspek-aspek yang digunakan benar menurut sukatan atau had yang ditentukan oleh syariat.

MUTLAK & MURUNAH

  • Tiada perubahan hukum seperti pengharaman arak.
  • Pengharaman boleh dikecualikan atau digugurkan seandainya ada keperluan syar'i untuk menggunakannya. Contohnya arak terpaksa digunakan untuk tujuan perubatan.
  • Kemutlakan dalam hukum diperlukan bagi memelihara kesucian prinsip syariat dan keanjalan wajar dilakukan bagi meraikan sifat kehidupan manusia yang sentiasa berubah dan dinamik.

PERANAN SYARIAH

  1. Memelihara agama 
  1. Memelihara maruah
  1. Memelihara nyawa
  1. Memelihara akal
  1. Memelihara keturunan
  1. Memelihara harta

PERLAKSANAAN SYARIAH


  • Utama yang diutama - Matlamat Tidak menghalalkan cara - Perlaksanaan kajian menepati Syariat - Mencegah lebih baik daripada mengubat - Akidah diutamakan syariat didahulukan.